nuff not enuff

Sunday 2 June 2013

Barang tiruan di malaysia



PENGENALAN
Barang tiruan di malaysia bukan satu isu baru kerana ia sudah lama dibincangkan dari peringkat daerah, negeri sehinggalah ke peringkat nasional. Sindiket ini sudah bertapak lama di dalam pasaran negara kita dan kini masih lagi ‘hidup’ dan ‘belum mati’ sepenuhnya.
Apakah itu barang tiruan sebenarnya? Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka atas talian, ia bermaksud palsu atau tidak tulen. Maksudnya, ia seakan-akan menyerupai barang yang asal tetapi ia adalah tiruan; serupa tetapi tidak sama, mungkin fizikalnya adalah benar, ciri-cirinya pasti berlainan jika diamati dengan teliti.
Barangan tiruan ini ada berbagai-bagai jenis, sebagai contoh beg tangan, beg galas, beg dompet, baju sukan, baju kemeja, seluar sukan, kasut sukan, stokin sukan, topi, jam, DVD, perisian komputer, talipinggang dan banyak lagi barangan pengguna. Selain dari itu, ada juga alat ganti kereta tiruan, malahan barangan jenis makanan seperti ubat panadol, serbuk minuman Milo juga ada yang tiruan.
Barang tiruan lain yang ada di pasaran juga meliputi produk kecantikkan seperti bedak dan juga minyak wangi jenama terkenal.


ISU-ISU YANG BERBANGKIT DAN PERMASALAHAN
1.    Aduan dari pemilik cap dagangan (TDO – TradeMark Owner) tentang lambakan barang tiruan yang menggunakan cap dagangan barangan tulen mereka di pasaran terbuka.
2.    Kurangnya kesedaran di pihak pengguna tentang kesalahan membeli barangan tiruan berjenama selain menggalakan penjualan barangan tiruan dengan menyokong penjualannya.
3.    Penguatkuasaan yang tidak menyeluruh dan konsisten oleh pihak yang berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
4.    Harga barang tiruan berjenama yang jauh lebih murah dari yang original atau asli.
5.    Permintaan yang tinggi dari pengguna yang suka menggunakan barang berjenama.
6.    Aduan penipuan dari pengguna tentang kualiti barangan tiruan yang dijual yang kadang-kadang menyamai barangan yang tulen.
7.    Menyenaraikan nama negara sebagai antara pusat barang tiruan dunia.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA
1.    Mengetatkan lagi undang-undang dan penguatkuasaan selain pemantauan yang konsisten dan berkala.
2.    Meminda akta yang berkaitan dengan barangan tiruan supaya denda atau kompaun yang lebih tinggi dikenakan kepada pesalah.
3.    Mengadakan advokasi atau seminar tentang kesedaran barangan tiruan kepada pengguna mengenai kesalahan, penjualan, pembelian dan sebagainya.
4.    Mengadakan kempen beli barangan buatan tempatan bagi mengelakkan pengguna membeli barangan tiruan yang tiada kualiti berbanding barangan tempatan yang kualitinya hampir menyamai barangan tulen berjenama.
5.    Mewujudkan ‘Basket Of Brand’ bagi setiap barangan tiruan yang ada di pasaran agar ia mudah dipantau dan dikenalpasti.

KESIMPULAN DAN CADANGAN
1.    Memberi kesedaran di peringkat pengguna di sekolah dan pengguna dewasa bagi membendung aktiviti permintaan kepada barangan tiruan.
2.    Pihak berkuasa memainkan lebih peranan yang menyeluruh dan proaktif bagi menangani lambakan barangan tiruan berjenama di pasaran.
3.    Membuat sidang akbar bagi setiap operasi besar barang tiruan untuk tujuan promosi dan kawalan psikologi ke atas penjual-penjual tegar barangan tiruan berjenama ini.
4.    Mengetatkan undang-undang sedia ada dengan mengenakan denda atau penalti yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment