nuff not enuff

Sunday 2 June 2013

Huraikan istilah-istilah berikut



1. Huraikan istilah-istilah berikut

a. Aset :
-       sumber yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan yang dapat memberi manfaat masa hadapan untuk sesebuah perniagaan.
-       Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
-     Terbahagi kepada dua:
                                    (i) aset semasa
-           Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
-           Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.
-           Contoh – tunai, stok akhir, penghutang, hasil belum diterima, belanja terdahulu.

                                    (ii) aset bukan semasa
-           Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.
-           Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perakaunan.
-           Contoh – mesin, kenderaan, premis, lekapan dan lengkapan, perabot, alatan pejabat.


b. Liabiliti

-           Obligasi perniagaan kepada pihak luar seperti hutang bank, hutang jangka panjang, sewa belum dibayar
-           Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.
-           Liabiliti terbahagi 2: Liabiliti semasa dan Liabiliti bukan semasa
-           Kedua-dua dibezakan oleh jangkamasa yang diperlukan untuk menyelesaikannya
-           Jika dapat diselesaikan kurang 1 tahunliabiliti semasa. Contoh – pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.
-           Jika perlu masa lebih 1 tahun untuk diselesaikan – liabiliti bukan semasa. Contoh – pinjaman bank, gadai janji


 
c. Catatan bergu

-           Setiap urus niaga mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua akaun yang berasingan atau konsep dualiti.
-           Satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan jumlah yang sama.
-           Ia adalah satu sistem merekod urus niaga yang tepat dan bersistem.
-           Memudahkan penyemakan apabila jumlah debit dan kredit adalah seimbang.

Debit
Kredit


Jenis Akaun
Debit
Kredit
Aset
Bertambah
Berkurang
Liabiliti
Berkurang
Bertambah
Ekuiti Pemilik
Berkurang
Bertambah
Hasil
Berkurang
Bertambah
Belanja
Bertambah
Berkurang

d. Akaun Tunai
           
-           Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga tunai.

e. Jurnal Am

- Adalah satu cabang dari Jurnal selain dari Jurnal Khas.
- Bukan barang niaga. Contoh : Aset bukan semasa.

Jenis Jurnal
UrusNiaga
Dokumen

Jurnal Am

a. Catatan permulaan perniagaan
b. Catatan penutupan dan pemindahan baki-baki akaun
c. Membeli dan menjual aset bukan semasa secara kredit
d. Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi atau perniagaan
e. Membawa masuk modal tambahan
f. Catatan pelarasan
g. Membetulkan kesilapan
h. Merekodkan pembubaran perniagaan


Memo

Invois (Belian/jualan aset bukan semasa)


Format Jurnal Am
JURNAL AM

Tarikh
Butir
Folio
Debit
Kredit

01/10/2007

Perabot
     Modal
(Membawa masuk perabot pemilik untuk kegunaan perniagaan)


RM
10,000
RM

10,000

No comments:

Post a Comment