PENGENALAN
Barang tiruan di malaysia bukan satu isu baru kerana
ia sudah lama dibincangkan dari peringkat daerah, negeri sehinggalah ke
peringkat nasional. Sindiket ini sudah bertapak lama di dalam pasaran negara
kita dan kini masih lagi ‘hidup’ dan ‘belum mati’ sepenuhnya.
Apakah itu barang tiruan sebenarnya? Merujuk
kepada kamus dewan bahasa dan pustaka atas talian, ia bermaksud palsu atau
tidak tulen. Maksudnya, ia seakan-akan menyerupai barang yang asal tetapi ia
adalah tiruan; serupa tetapi tidak sama, mungkin fizikalnya adalah benar,
ciri-cirinya pasti berlainan jika diamati dengan teliti.
Barangan tiruan ini ada berbagai-bagai
jenis, sebagai contoh beg tangan, beg galas, beg dompet, baju sukan, baju
kemeja, seluar sukan, kasut sukan, stokin sukan, topi, jam, DVD, perisian
komputer, talipinggang dan banyak lagi barangan pengguna. Selain dari itu, ada
juga alat ganti kereta tiruan, malahan barangan jenis makanan seperti ubat
panadol, serbuk minuman Milo juga ada yang
tiruan.
Barang tiruan lain yang ada di pasaran
juga meliputi produk kecantikkan seperti bedak dan juga minyak wangi jenama
terkenal.
ISU-ISU
YANG BERBANGKIT DAN PERMASALAHAN
1.
Aduan
dari pemilik cap dagangan (TDO – TradeMark Owner) tentang lambakan barang
tiruan yang menggunakan cap dagangan barangan tulen mereka di pasaran terbuka.
2.
Kurangnya
kesedaran di pihak pengguna tentang kesalahan membeli barangan tiruan berjenama
selain menggalakan penjualan barangan tiruan dengan menyokong penjualannya.
3.
Penguatkuasaan
yang tidak menyeluruh dan konsisten oleh pihak yang berwajib seperti
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
4.
Harga
barang tiruan berjenama yang jauh lebih murah dari yang original atau asli.
5.
Permintaan
yang tinggi dari pengguna yang suka menggunakan barang berjenama.
6.
Aduan
penipuan dari pengguna tentang kualiti barangan tiruan yang dijual yang
kadang-kadang menyamai barangan yang tulen.
7.
Menyenaraikan
nama negara sebagai antara pusat barang tiruan dunia.
LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENGATASINYA
1.
Mengetatkan
lagi undang-undang dan penguatkuasaan selain pemantauan yang konsisten dan
berkala.
2.
Meminda
akta yang berkaitan dengan barangan tiruan supaya denda atau kompaun yang lebih
tinggi dikenakan kepada pesalah.
3.
Mengadakan
advokasi atau seminar tentang kesedaran barangan tiruan kepada pengguna
mengenai kesalahan, penjualan, pembelian dan sebagainya.
4.
Mengadakan
kempen beli barangan buatan tempatan bagi mengelakkan pengguna membeli barangan
tiruan yang tiada kualiti berbanding barangan tempatan yang kualitinya hampir
menyamai barangan tulen berjenama.
5.
Mewujudkan
‘Basket Of Brand’ bagi setiap barangan tiruan yang ada di pasaran agar ia mudah
dipantau dan dikenalpasti.
KESIMPULAN
DAN CADANGAN
1.
Memberi
kesedaran di peringkat pengguna di sekolah dan pengguna dewasa bagi membendung
aktiviti permintaan kepada barangan tiruan.
2.
Pihak
berkuasa memainkan lebih peranan yang menyeluruh dan proaktif bagi menangani
lambakan barangan tiruan berjenama di pasaran.
3.
Membuat
sidang akbar bagi setiap operasi besar barang tiruan untuk tujuan promosi dan
kawalan psikologi ke atas penjual-penjual tegar barangan tiruan berjenama ini.
4.
Mengetatkan
undang-undang sedia ada dengan mengenakan denda atau penalti yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment