1. Huraikan
istilah-istilah berikut
a. Aset :
-
sumber
yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan yang dapat memberi manfaat masa hadapan
untuk sesebuah perniagaan.
-
Harta
bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan
aktiviti perniagaan.
- Terbahagi
kepada dua:
(i) aset semasa
- Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu
tempoh perakaunan.
- Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh
yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.
- Contoh – tunai, stok akhir, penghutang, hasil belum
diterima, belanja terdahulu.
(ii) aset bukan semasa
- Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk
tujuan jualan semula.
- Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh
perakaunan.
- Contoh – mesin, kenderaan, premis, lekapan dan lengkapan,
perabot, alatan pejabat.
b. Liabiliti
- Obligasi
perniagaan kepada pihak luar seperti hutang bank, hutang jangka panjang, sewa
belum dibayar
- Tanggungan
hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai,
barang atau perkhidmatan.
- Liabiliti terbahagi 2: Liabiliti semasa dan Liabiliti bukan semasa
- Kedua-dua
dibezakan oleh jangkamasa yang diperlukan untuk menyelesaikannya
- Jika
dapat diselesaikan kurang 1 tahun – liabiliti semasa. Contoh – pemiutang,
overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.
- Jika
perlu masa lebih 1 tahun untuk
diselesaikan – liabiliti bukan semasa.
Contoh – pinjaman bank, gadai janji
c. Catatan bergu
- Setiap
urus niaga mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua akaun yang berasingan atau
konsep dualiti.
- Satu
akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan jumlah yang sama.
-
Ia adalah satu sistem merekod
urus niaga yang tepat dan bersistem.
- Memudahkan
penyemakan apabila jumlah debit dan kredit adalah seimbang.
Debit
|
Kredit
|
Jenis
Akaun
|
Debit
|
Kredit
|
Aset
|
Bertambah
|
Berkurang
|
Liabiliti
|
Berkurang
|
Bertambah
|
Ekuiti Pemilik
|
Berkurang
|
Bertambah
|
Hasil
|
Berkurang
|
Bertambah
|
Belanja
|
Bertambah
|
Berkurang
|
d. Akaun Tunai
- Akaun yang digunakan untuk
merekodkan urusniaga tunai.
e. Jurnal Am
- Adalah satu
cabang dari Jurnal selain dari Jurnal Khas.
- Bukan
barang niaga. Contoh : Aset bukan semasa.
Jenis
Jurnal
|
UrusNiaga
|
Dokumen
|
Jurnal Am
|
a. Catatan
permulaan perniagaan
b. Catatan
penutupan dan pemindahan baki-baki akaun
c. Membeli
dan menjual aset bukan semasa secara kredit
d. Ambilan
barang niaga untuk kegunaan peribadi atau perniagaan
e. Membawa
masuk modal tambahan
f. Catatan
pelarasan
g.
Membetulkan kesilapan
h. Merekodkan
pembubaran perniagaan
|
Memo
Invois
(Belian/jualan aset bukan semasa)
|
Format Jurnal Am
JURNAL AM
Tarikh
|
Butir
|
Folio
|
Debit
|
Kredit
|
01/10/2007
|
Perabot
Modal
(Membawa
masuk perabot pemilik untuk kegunaan perniagaan)
|
RM
10,000
|
RM
10,000
|
No comments:
Post a Comment