nuff not enuff

Tuesday 29 January 2013

JTW 103 – UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN



PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
JTW 103 – UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
SIDANG AKADEMIK 2011/2012
TUGASAN SET A
Soalan A1    
Mr. Chong tidak boleh membuat tuntutan ke atas Dr Kamal bersabit dengan kemungkiran kontrak tersebut kerana :
i-             Mr Chong tidak membuat penerimaan ini kerana penerimaan mestilah mutlak dan tidak bersyarat, sedangkan Mr Chong bersetuju hanya jika dua syarat beliau diterima Dr Kamal, ini selaras dengan seksyen 7(a) Akta Kontrak 1950 (mulak dan tidak bersyarat).  (Ruj. Undang-undang perniagaan modul 2 elemen-elemen penting kontrak, kesahan kontrak, pelepasan kontrak dan remedi m/s. 65)
ii-            Mr Chong hanya membuat cadangan balas kerana menerima cadangan dengan meletakkan syarat-syarat tertentu. Cadangan balas ini telah menyebabkan cadangan asal terbatal dengan sendirinya. Apa-apa pengubahsuaian atau peletakan syarat untuk penerimaan ke atas cadangan asal tidak menjadikannya penerimaan tetapi merupakan cadangan balas. Contoh rujukan kes adalah Kes Hgde v Wrench (1840) 3 ER 334. Dalam kes ini defenden (wrench) telah menawarkan untuk menjualkan hartanya kepada plaintif (Hyde) pada 6 Jun dengan harganya GBP 1000. Pada 8 Jun, Plaintif telah menyatakan kesediaannya untuk membeli harta tersebut pada harga GBP950. Defenden enggan menjualkan hartanya pada harga GBP 950 seperti yang diminta oleh plaintif. Pada 27 Jun, Plantif telah menulis semula kepada defenden menyatakan persetujuannya untuk membeli harta tersebut seperti cadangan asal iaitu GBP 1000. Mahkamah telah memutuskan bahawa tidak wujud penerimaan kerana surat plaintif pada 8 Jun merupakan cadangan balas dan telah menyebabkan cadangan asal terbatal dan tidak lagi wujud untuk dibuat penerimaan semula. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 2 elemen-elemen penting kontrak, kesahan kontrak, pelepasan kontrak dan remedi m/s. 60)
Secara ringkasnya, tuntutan Mr Chong tidak berasas bersabit dengan kemungkiran kontrak kerana kontrak tidak pun wujud sebaik-baik beliau membuat cadangan balas.



Soalan A2
(a)          Perubahan- perubahan struktur hierarki mahkamah Malaysia dari sebelum kemerdekaan sehinggalah yang terkini ialah pada tempoh di antara Januari 1987 hingga 1994, struktur mahkamah Agong. Pindaan perlembagaan pada tahun 1994 adalah bertujuan untuk mewujudkan semula dua peringkat rayuan sepertimana yang diamalkan sebelum 1 Januari 1987 iaitu dengan kewujudan Mahkamah Persekutuan dan Majlis Privi yang berfungsi mendengar rayuan-rayuan bersabit dengan kes-kes keputusan mahkamah tinggi. Selepas pindaan perlembagaan 1994, Mahkamah Agong telah dinamakan semula sebagai Mahkamah Persekutuan Malaysia. Mahkamah Rayuan yang mempunyai hierarki yang lebih rendah daripadanya telah diwujudkan.  Mahkamah Tinggi Malaya pula dikekalkan namanya manakala Mahkamah Tinggi Borneo ditukarkan  kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Struktur hierarki mahkamah-mahkamah rendah adalah kekal sepertimana sebelumnya.      ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 Institusi mahkamah: Hierariki dan bidang kuasa  m/s.31)





Susunan Terkini Hierarki Mahkamah-mahkamah Malaysia
Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi
Sabah & Sarawak



Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Penghulu

 













( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 Institusi mahkamah: Hierariki dan bidang kuasa  m/s.30)



Susunan Hierarki Mahkamah dari 1/1/1987 hingga 23/6/1994
Mahkamah Agong

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi
Borneo



Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Penghulu

 











( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 Institusi mahkamah: Hierariki dan bidang kuasa  m/s.32)





Susunan Hierarki Mahkamah Atas Sebelum 1/1/1987
Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi
Borneo



Majlis Privi

 








( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 Institusi mahkamah: Hierarki dan bidang kuasa  m/s.32)


(b)          Bidang-bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia pada hari ini.
Mahkamah Persekutuan
·         Mahkamah tertinggi & mahkamah rayuan terakhir untuk kes-kes sivil & jenayah di Malaysia.
·         Di ketuai oleh Ketua Hakim Negara.
·         Perbicaraan didengar oleh korum hakim tak kurang dari 3 orang atau jumlah ganjil lain yang lebih besar seperti mana diputuskan oleh Ketua Hakim Negara mengikut keperluan.
Artikel 121(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan adalah sepert berikut :
(a)          Bidang kuasa rayuan
Kebenaran Mahkamah Persekekutuan mestilah terlebih dahulu diperoleh sebelum sesuatu kes yang akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dirayu kepada Mahkamah Persekutuan dalam keadaan-keadaan :
(a)  Di mana jumlah atau nilai perkara yang menjadi pertikaian ( tidak termasuk faedah) adalah RM250,000.00 ( Dua ratus lima puluh ribu) atau lebih atau rayuan melibatkan secara langsung atau secara langsung, tuntutan ke atas harta atau hak-hak sivil dengan jumlah dan nilai yang sama.
(b)  Di mana keputusan berkaitan dengan persoalan ke atas mana-mana peruntukan perlembagaan termasuk pertikaian mengenai kesahan mana-mana undang-undang bertulis yang dikatakan bercanggah dengan peruntukan perlembagaan.


(b)          Bidang kuasa asal
Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa asal yang eksklusif berkaitan dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perlembagaan iaitu :
(a)  Mengenai kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh perundangan persekutuan atau negeri yang mana ianya diluar bidang kuasa badan-badan perundangan tersebut.
(b)  Pertikaian atau apa-apa persoalan diantara negeri dengan persekutuan atau diantara negeri dengan negeri yang lain.
(c)          Bidang kuasa rujukan
Mahkamah Persekutuan boleh mendengar kes-kes yang dirujukkan  kepadanya untuk memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan perlembagaan yang berbangkit dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah lain. Selepas membuat pertimbangan, Mahkamah Persekutuan akan menyerahkan keputusan yang ditentukan oleh mereka berkaitan dengan perkara tersebut untuk diambil tindakan oleh mahkamah yang merujuk.
(d)          Bidang kuasa penasihat
YDPA akan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan perkara-perkara yang telah atau bakal timbul akibat atau kesan daripada mana-mana peruntukan  perlembagaan. Permohonan YDPA untuk menasihat Mahkamah Persekutuan dijalankan secara terbuka. Keputusan dari Mahkamah juga secara terbuka.


Mahkamah Rayuan
·         Di ketuai oleh seorang Presiden dan di anggotai oleh 13 orang hakim mahkamah rayuan yang lain
·         Di tubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan bidangkuasa yang khusus iaitu berkaitan dengan rayuan
·         Dalam kes-kes sivil, tiada rayuan boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan dalam keadaan-keadaan berikut :
(a)  Apabilanya melibatkan jumlah atau nilai yang kurang daripada RM250,000.00 (Dua ratus lima puluh ribu) tidak termasuk faedah kecuali  dengan kebenaran Mahkamah Rayuan.
(b)  Di mana penghakiman ke atas perbicaraan asal dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak.
(c)  Di mana penghakiman adalah berkaitan dengan kos sahaja yang mana terdapat peruntukkan undang-undang yang memberi kuasa pemutus muktamad kepada mahkamah di mana perbicaraan asal dijalankan.
(d)  Di mana dinyatakan dengan jelas oleh peruntukkan undang-undang bahawa penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi adalah muktamad dan tidak boleh dibuat rayuan.


Mahkamah Tinggi
·         Terdapat 2 mahkamah tinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Tinggi Malaya & Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak.
·         Mahkamah Tinggi Malaya di ketuai oleh Hakim Besar Malaya
·         Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak di ketuai oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak
·         Mereka bertanggungjawab kepada Ketua Hakim Negara
·         Bidang kuasa dan tanggungjawab Mahkamah Tinggi boleh dibahagikan kepada :
(a)          Bidang kuasa asal
Bidang kuasa asal Mahkamah Tinggi adalah tidak terhad.
Mahkamah Tinggi boleh mendengar kes-kes jenayah yang membawa hukuman mati.
Mahkamah Tinggi boleh membicarakan kes-kes sivil tanpa had nilai.
Mahkamah Tinggi membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah dan nilai yang melebihi RM250,000.00 ( Dua ratus lima puluh ribu) kerana jumlah yang kurang daripada itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.
(b)          Bidang kuasa rayuan
Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan berkaitan kes-kes- jenayah dan sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Semua perbicaraan adalah dalam bentuk perbicaraan semula.
(c)          Bidang kuasa penyeliaan
Mahkamah Tinggi juga di beri kuasa penyeliaan umum dan penyemakan ke atas semua mahkamah-mahkamah rendah. Ia mempunyai kuasa :
(a)  Menyelia tata-laku dan menyemak keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah-mahkamah yang lebih rendah, badan-badan separa kehakiman dan tribunal.
(b)  Meminta rekod-rekod mana-mana perbicaraan di mahkamah-mahkamah rendah sama ada kes-kes sivil atau jenayah pada mana-mana tahap perbicaraan.
(c)  Memindahkan kes-kes  yang dibicarakan d mahkamah rendah ke Mahkamah Tinggi atau memberi apa-apa arahan kepada mahkamah rendah yang mana pada pendapat mereka adalah perlu untuk kepentingan keadilan.
Mahkamah Sesyen
·         Hirarki tertinggi di kalangan mahkamah-mahkamah rendah
·         Mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes sivil serta jenayah kecuali yang melibatkan hukuman mati. Jumlah dan nilai dalam kes-kes sivil adalah tidak kurang daripada RM25,000.00 (dua puluh lima ribu) dan tidak lebih RM250,000.00 (dua ratus lima puluh ribu).
Mahkamah Majistret
·         Majistret kelas I punya bidang kuasa jenayah untuk bicarakan semua jenis kesalahan yang mana penetapan hukuman maksima penjara tidak lebih 10 tahun atau kesalahan yang mana hukuman denda sahaja & kesalahan di bawah Sek. 392 (berkaitan rompakan) & Sek. 457 (pecah rumah).
·         Majistret kelas II punyai bidang kuasa membicarakan kes-kes jenayah yang mana penetapan hukuman maksimanya ialah penjara tidak melebihi 12 bulan atau kesalahan yang mana hukumannya di kenakan denda sahaja.

Soalan A3
Gambarajah  berkaitan kelas dan jenis undang-undang

Undang-undang

             Undang-undang Awam                                        Undang-undang persendirian

Perlembagaan     Pentadbiran    Jenayah
                                                           
             Kontrak    Tort   Amanah   Tanah   Keluarga   Agensi   Perkongsian   Syarikat

               Jualan          
       Barang-barang

        Bil Pertukaran

 Insurans

Sewa Beli
                                                                       
Undang-undang boleh diklasifikasikan kepada 2 bentuk :
(a)  Undang-undang awam
Berfungsi mengatur perhubungan antara individu dengan negara.
(b)  Undang-undang persendirian
Dikenali sebagai undang-undang sivil dan berperanan mengatur hubungan individu dengan individu lain.

Undang-undang awam
(i)            Undang-undang Perlembagaan
Mentakrifkan struktur Kerajaan dan hak-hak asasi rakyat atau individu di bawah pemerintahannya.
(ii)          Undang-undang Pentadbiran
Mengawal tindak-tanduk dan penggunaan kuasa oleh badan Eksekutif atau pentadbiran Kerajaan.
(iii)         Undang-undang Jenayah
Mengariskan pelbagai jenis kesalahan yang mungkin dilakukan oleh rakyat terhadap negara serta denda atau hukuman yang menanti mereka yang melakuakan jenayah. Ianya bertujuan menghalang rakyat dari melakukan jenayah.



Undang-undang Persendirian (Sivil)
(i)            Undang-undang Kontrak
Mengariskan hak dan tanggungjawab yang wujud akibat perjanjian yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
(ii)          Undang-undang Tort
Berkaitan dengan pemberian pampasan berikutan daripada kecederaan peribadi atau kerosakan harta benda yang diakibatkan oleh kecuaian atau perlanggaran hak peribadi atau harta seseorang individu oleh individu yang lain.
(iii)         Undang-undang Amanah
Berkaitan dengan hak dan tanggungjawab serta perhubungan antara pemegang amanah dengan waris.
(iv)         Undang-undang Tanah
Berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, hak-hak dan tanggungjawab tuan punya tanah, pendaftaran, penyewaan, cagaran, syarat-syarat dan sekatan ke atas tanah dan lain-lain.
(v)          Undang-undang Keluarga
Berkaitan dengan perkahwinan, penceraian, hak dan tanggungjawab ke atas harta dan anak-anak.
(vi)         Undang-undang Syarikat
Berkaitan penubuhan, pendaftaran, pembubaran syarikat, hak dan tanggungjawab syarikat sebagai warganegara korporat yang mempunyai entiti undang-undang yang berasingan, hak dan tanggungjawab pemegang-pemegang saham, pengarah-pengarah syarikat dan lain-lain.


(vii)       Undang-undang Perkongsian
Berkaitan hak dan tanggungjawab ahli-ahli perkongsian, antara ahli perkongsian dengan pihak ke tiga, peraturan-peraturan berkaitan dengan penubuhan, tempoh serta pembubarab perkongsian.
(viii)      Undang-undang Agensi
Berkaitan dengan perhubungan antara prinsipan dan agen, hak dan tanggungjawab prinsipal dan agen, bidang kuasa agen, pewujudan dan penamatan hubungan agensi dan lain-lain. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 1 pengenalan kepada sistem perundangan Malaysia, Pelajaran 1: Undang-undang, sistem perundangan dan sistem pemerintahan  Malaysia ms6,7,8, dan 9)





Soalan A4
Ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan atau kontrak yang pada asalnya tidak sah. Ini dinyatakan di bawah seksyen 149 AK 1950 bahawa seorang prinsipal berhak menolak atau menerima kontrak yang dibuat oleh agennya tanpa pengetahuannya atau melampaui kuasanya.
Pembentukan Kontrak agensi boleh berlaku secara ratifikasi jika :
·         Perbuatan atau kontrak yang dimasuki oleh agen mestilah tidak dibenarkan. (Seksyen 149 AK 1950)
·         Agen mestilah bertindak sebagai agen kepada prinsipal pada masa kontrak  berkenaan, bukannya untuk dirinya sendiri.
·         Prinsipal mestilah mempunyai pengetahuan mengenai urusan yang hendak disahkan melainkan prinsipal sanggup memikul tanggungjawab walau apa pun berlaku. (Seksyen 151 AK 1950)
·         Agen mestilah mempunyai prinsipal yang sebenarnya wujud atau boleh ditentukan semasa urusan tidak sah itu dilakukan dan semasa penggesahan hendak dibuat.
·         Pengesahan tidak boleh memudaratkan pihak ketiga. (Seksyen 153 AK 1950)
Contoh  kes: Lloyd lawan Grace Smith & Co [1912] A.C. 716 dalam kes ini Puan Grace adalah seorang balu yang memiliki dua buah kotej dan sejumlah wang hasil dari gadai janji harta. Dia mahu meningkatkan pendapatannya dengan menggunakan kedua-dua sumber yang dia miliki dan ingin meminta nasihat  dari firma peguam. Semasa di firma tersebut, dia ternampak seorang pengurus kerani yang (tanpa sebarang pemantauan, tanpa pengetahuan Pn Grace) memindahkan hak membuat keputusan oleh firma kepada dirinya sendiri. Kerani tersebut telah dengan sendirinya menasihatkan Pn Grace agar menjual hartanya dan wang gadai janji tersebut kesemuanya diserahkan kepada dia untuk membantu Pn Grace mencapai niatnya dengan alasan mahu membantu. Puan Grace telah memberikan dokumen perjanjian hartanya kepada kerani tersebut. Kerani tersebut dengan cara memperdaya, berjaya memperolehi tandatangan Pn Grace ke atas dokumen yang membolehkan semua milik Pn Grace menjadi miliknya. Firma tersebut sebagai principal kepada kerani itu bertanggungjawab ke atas penipuan yang telah dilakukan oleh keraninya. Ini merupakan contoh penggunaan kuasa yang jelas dimana kerani tersebut telah melewati bidang kuasanya yang sepatutnya dengan menggambarkan kepada balu tersebut bahawa dia mempunyai kebenaran/kuasa.



Soalan A5
Syarat ialah janji yang penting kepada tujuan utama kontrak. Kemungkirannya memberikan hak bagi menganggap kontrak sebagai ditolak. Seksyen 12(2) Akta Jualan Barang 1957. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 3 kontrak-kontrak khusus m/s. 139)
Waranti adalah janji kolateral kepada tujuan utama kontrak atau sesuatu yang bukan merupakan perkara utama kontrak. Kemungkirannya memberikan hak bagi tuntutan ganti rugi tetapi tiada hak bagi menolak barangan dan menganggap kontrak sebagai batal. Seksyen 12(3) Akta Jualan Barang 1957.  Contoh. En Duan menempah sebuah kereta proton waja campro 1.8(A) bewarna hitam dari Proton Edar. Pihak Proton Edar telah menyerahkan kereta proton waja campro 1.8(A) bewarna perak metalik. Dalam contoh yang diberikan ini kita boleh katakan bahawa proton waja 1.8(A) campro adalah merupakan syarat (perkara utama) kepada perjanjian manakala warna kereta samada hitam yang ditempah oleh pelanggan atau perak metalik seperti yang dibekalkan oleh penjual adalah merupakan waranti (perkara sampingan) kepada perjanjian antara En. Duan dengan Proton Edar. Jadi apa yang berlaku dalam contoh yang diberikan ini hanyalah pelanggaran waranti yang tidak membolehkan En Duan menolak barangan tersebut dan menganggap kontrak tidak perlu diteruskan lagi. Apa yang boleh dilakukan oleh En. Duan hanyalah menuntut ganti rugi pelanggaran waranti tersebut. Warna kereta dianggap sebagai waranti (perkara sampingan) dalam perjanjian kerana walau apa warna sekalipun, kereta proton waja yang dibekalkan itu berupaya memberikan kuasa pecutan yang ada juga keselesaan pengendalian yang sama kerana ianya tetap merupakan proton waja 1.8(A) Campro.
Prinsip am menyatakan jika syarat dalam kontrak jualan barangan dimungkiri, pihak yang mana janji itu dimungkiri boleh menolak barangan tersebut dan menganggap perjanjian tersebut telah dibatalkan. Namun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip am seperti yang digariskan oleh s.13(1)AJB 1957 yang membolehkan pihak yang mana janji telah dimungkiri untuk memilih sama ada membatalkan kontrak atau meneruskan kontrak dengan menganggap kemungkiran suatu syarat itu sebagai kemungkiran waranti dan menurut ganti rugi yang berpatutan. Walau bagaimanapun pengecualian kepada syarat ini adalah diberikan dalam keadaan-keadaan berikut:-
(i)            Pembeli mengetepikan syarat berkenaan
(ii)          Pembeli menganggap kemungkiran syarat sebagai kemungkiran waranti dan menuntut ganti rugi sahaja.
(iii)         Kontrak jualan tidak membezakan antara syarat dan waranti dan pembeli telah menerima barang atau sebahagian daripadanya.
(iv)         Kontrak jualan bagi barangan tertentu dan pembeli telah menerima barangan tersebut.

Contoh kes adalah Associated Metal Smelters Ltd. v Tham Cheow Toh (1971) 1MLJ 271. Dalam kes ini defenden bersetuju untuk menjual relau besi kepada plaintif dan telah memberi jaminan bahawa relau tersebut mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan suhu sekurang-kurangnya 2600 Farenheit. Walau bagaimanapun relau tersebut telah gagal mengeluarkan suhu seperti yang diperlukan. Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan defenden membekalkan peralatan seperti yang diperlukan adalah merupakan suatu kemungkiran syarat yang membolehkan pihak plaintif menganggap ianya sebagai kemungkiran waranti dan boleh memilih untuk teruskan kontrak tersebut dan menuntut ganti rugi daripada defenden. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 3 kontrak-kontrak khusus m/s. 139, 140 dan 141)
Priviti Kontrak  adalah syarat-syarat dan waranti tersirat dalam suatu kontark jualan barang-barang adalah mengikat pihak-pihak yang berkontrak iaitu pembeli dan penjual. Sekiranya pihk ketiga menggunakan barangan yang dibeli oleh orang lain dan mengalami kecederaan berpunca dari kecatatan (defect) barangan tersebut, dibawah common law beliau tidak boleh saman penjual barangan tersebut kerana tiada hubungan kontraktual antara mereka. Begitu juga keadaan jika pihak ketiga ( pembeli) yang membeli barangan dari penjual (pekedai runcit atau peniaga borong atau pasarnya) ingin menyaman pengilang akibat kecacatan barangan yang dibeli yang mendatangkan mudarat kepadanya (pembeli). Pembeli tidak boleh saman pengilang kerana tiada hubungan kontraktual antara mereka. Namun demikian, mereka boleh mengambil tindakan melalui undang-undang tort. Mereka kena membuktikan bahawa terdapat kecuaian di pihak pengilang dalam pengeluaran barangan mereka. Contoh kes: Donoghue v Stevenson (1932) Ac562, dimana dalam kes ini seorang telah jatuh sakit selepas meminum sebotol bir halia yang dicemari bangkai siput yang terdapat dalam botol bir yang telah dibeli oleh kawannya. Peminum bir halia yang tercemar itu telah menyaman pengilang bagi menuntut ganti rugi atas alasan kecuaian pengilang dalam proses pembotolan minuman bir halia tersebut yang seterusnya menyebabkan beliau jatuh sakit. Plaintif telah memenangi kes tersebut dan keputusan kes ini telah menyediakan asas bagi kaedah am bahawa pengilang mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap pengguna berkaitan keselamatan penggunaan produk mereka.


TUGASAN SET C
Soalan C1
Perjanjian antara En Zulkifli dan Puan Zaharah adalah perjanjian domestik yang tidak mempunyai niat untuk mewujudkan hubungan disisi undang-undang kerana perjanjian yang dibuat diantara suami dan isteri. Jika dilihat dalam sek.2(a) terdapat keadaan dengan ‘maksud” manakala dalam sek.2(d) pula mengandungi perkataan “kehendak”, kedua-dua seksyen tersebut secara amnya menekankan elemen niat perlu ada dalam mewujudkan kontrak yang mengikat. Oleh itu untuk menentukan sama ada terdapat niat untuk mewujudkan hubungan disisi undang-undang dalam kalangan pihak-pihak yang berkontrak, mahkamah selalunya akan melihat kepada bentuk perjanjian sama ada ianya perjanjian domestik (kekeluargaan) atau perjanjian kormersial. Perjanjian domestik atau kekeluargaan ialah perjanjian antara suami-isteri, adik-beradik, sedara-mara, anak-ibu, anak-bapa dan juga diantara rakan-rakan selalunya dianggap tidak disertai dengan niat untuk mewujudkan hubungan disisi undang-undang. Namun demikian anggapan ini boleh disangkal jika fakta atau bukti-bukti menunjukkan sebaliknya. Perjanjian kormersial pula melibatkan urusan-urusan perniagaan antara dua atau lebih pihak. Anggapan umum ialah perjanjian jenis ini sememangnya disertai dengan niat untuk mewujudkan hubungan disisi undang-undang. Namun demikian jika tedapat bukti yang menunjukan sebaliknya maka mahkamah boleh menentukan sama ada perjanjian yang mengikat atau tidak. Contoh  kes: Balfour v Balfour (1919)2 KB 571 dalam kes ini defenden iaitu si suami merupakan seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di ceylon. Semasa kedua-dua mereka balik bercuti di England, si isteri mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat mengikut si suami pulang ke Cylon. SI suami telah berjanji untuk memberikan kepada si isteri sebanyak £ 30 sebulan sebagai perbelanjaan selama masa mereka tinggal berjauhan. Apabila si suami gagal membayar, si isteri telah membuat tuntutan di mahkamah. Mahkamah memutuskan bahawa tidak ada niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang. Oleh itu tindakan isteri telah gagal. Dalam kes ini Ketua Hakim Atkin telah menyatakan ‘ Adalah perlu diingat bahawa sesetengah perjanjian tidak boleh dianggap sebagai kontrak yang sah di sisi undang-undang. Contohnya adalah seperti bilamana dua pihak bersetuju untuk berjalan bersama ataupun adanya tawaran dan penerimaan berkaitan layanan baik (hospitality). Salah satu bentuk biasa perjanjian yang tiada niat untuk mewujudkan hubungan disisi undang-undang-undang ialah perjanjian yang dibuat di antara suami dan isteri.’( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 3, Pelajaran 6 Balasan, Niat Dan Keupayaan m/s.83 dan 84)




Soalan C2
En Hamat telah meratifikasi tindakan En Param yang menjual rumah pada harga yang lebih murah. Ini menyebabkan tindakan En Param sah di sisi undang-undang sepertimana seksyen 149 Akta Kontrak 1950. menyatakan  jika tindakan-tindakan dibuat  oleh seseorang bagi pihak seorang lain tanpa pengetahuan atau kuasanya, ia boleh memilih untuk meratifikasi atau untuk tidak mengakui tindakan-tindakan itu. Jika ia meratifikasi tindakan-tindakan itu, natijah yang sama akan menyusuli seolah-olah tindakan-tindakan itu telah dilaksanakan dengan kuasanya.

Tindakan En Tham menjual sayur tanpa kebenaran En Hamat boleh dituntut oleh En Hamat kerana beliau tidak meratifikasi tindakan tersebut sepertimana seksyen 149 Akta Kontrak 1950.
En Tham juga gagal mematuhi arahan-arahan prinsipal mengikut seksyen 164 Akta Kontrak 1950 iaitu kegagalan untuk mematuhi arahan prinsipal boleh dianggap sebagai pecah kontrak dan agen akan bertanggungjawab terhadap kesemua kerugian yang dialami oleh prinsipal akibat dari pecah kontrak tersebut.  Walau bagaimanapun, bukanlah menjadi tanggungjawab agen untuk mematuhi arahan yang salah di sisi undang-undang seperti yang diputuskan di dalam kes Cohen vs. Kittel (1889) dimana agen itu telah gagal untuk meletakkan pertaruhan. Dalam ketiadaan arahan daripada prinsipal, agen telah bertindak mengikut kelaziman dalam menjalankan tanggungjawabnya dan berjaya mengelak kerugian yang lebih nyata terhadap prinsipal. Maka dengan ini dengan secara tidak langsung, En Tham telah membantu En Hamat daripada menerima kerugian yang lebih besar.



Soalan C3
Aktiviti penjualan dan pembelian barang dikawal oleh Akta Jualan Barangan 1957. Mengikut Seksyen 4 AJB 1957 (Jualan dan persetujuan untuk menjual), kontrak jualan telah terbentuk apabila penjual bersetuju memindahkan milikan barang-barang kepada pembeli bagi suatu harga. Maksudnya, Aileen dan KoolBeg Sdn Bhd telah membentuk satu kontrak.
Walaubagaimanapun, dalam situasi Aileen, jenis syarat kontrak dia adalah syarat tersirat iaitu syarat yang tidak disebut dengan nyata. Syarat tersirat meliputi empat aspek menurut  AJB 1957 iaitu :
·         Hak milik - pihak penjual berhak menjual barang yang disenaraikan dalam kontrak
·         Jualan melalui perihalan - Barang yang dijual hendaklah secocok dengan perihalan atau deskripsi.
·         Kualiti dan Kelayakan - Barang yang dijual hendaklah sesuai dan boleh memenuhi maksud yang dikehendaki oleh pembeli. Dan mempunyai kualiti boleh dagang (tiada kecacatan)
·         Jualan melalui contoh-contoh atau sampel barang hendaklah sepadan dengan barang yang dibeli.
Syarat adalah satu stipulasi utama kontrak. Jika berlaku pelanggaran syarat di dalam kontrak jualan barang-barang, hal ini akan menimbulkan hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menolak kontrak tersebut.


Jenis Waranti
·         Waranti tersirat adalah waranti yang tidak dinyatakan tetapi ia adalah perlu.
Terdapat 2 jenis waranti tersirat :
(i) Milikan aman/bebas dari gangguan - pembeli berhak menggunakan barang yang dibeli tanpa gangguan daripada penjual, ejen, wakil atau pihak ketiga.
(ii) Bebas daripada bebanan- barang yang dijual patut bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan bagi mana-mana pihak ketiga yang tidak diberitahu kepada pembeli semasa atau sebelum kontrak dibuat. Contohnya barang belum jelas cukai.
Maka dengan ini, Aileen boleh menolak bukan hanya barangan tetapi juga kontrak yang telah dipersetujui sepertimana seksyen 17(2) Akta Kontrak 1950 kerana keseluruhan barangan mestilah sama dengan sampel dari segi kualiti. Selain itu, barangan juga mestilah bebas dari kecacatan dan boleh diperiksa oleh pembeli keseluruhan.
Waranti adalah satu stipulasi sampingan kepada tujuan utama kontrak. Pelanggaran waranti hanya memberi hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menuntut ganti rugisahaja tetapi tidak boleh menolak kontrak tersebut. Pihak yang tidak bersalah akibat perlanggaran syarat, boleh menganggap bahawa pelanggaran syarat itu sebagai pelanggaran waranti dan hanya menuntut ganti rugi sahaja.
Contoh Kes :-
Kes Tham Cheow Toh vs Associated Metal Smelters Ltd.(1972) 1MLJ 171, Pihak defenden telah bersetuju untuk menjual relau pelebur besi kepada plantif dan telah memberi satu janji bahawa relau itu akan mempunyai suhu tidak kurang daripada 2600F. Ini tidak memuaskan hati pihak plantif. Plantif telah membuat tuntutan dengan mendakwa hal ini ialah perlanggaran syarat kontrak dan menuntut RM29301.38 sebagai ganti rugi. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kegagalan defenden untuk membekalkan relau mengikut spesifikasi telah membawa kepada pelanggaran syarat kontrak yang mana memberikan hak kepada plantif untuk menganggap ianya sebagai pelangaran waranti dan memberikan RM 7501.38 sebagai ganti rugi. Defenden membuat rayuan tetapi Mahkamah Tinggi telah menolah rayuan mengatakan bahawa hakim telah membuat keputusan yang betul terhadap perlanggaran syarat yang melayakkan plantif untuk menganggap sebagai pelangaran waranti sahaja seperti  dalam Seksyen 13(1) AJB 1957.
Soalan C4
Undang-undang bertulis terdiri dari Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Perundangan Persekutuan (Parlimen), Perundangan Negeri (Enekmen) dan Undang-undang subsidiari.
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang teragung persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari kemerdekaan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah tidak sah setakat mana ia bercanggah. Perlembagaan Persekutuan mengariskan hubungan serta kuasa antara persekutuan dan negeri melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Perlembagaan Negeri mempunyai peruntukan-peruntukan penting bagi perkara berkaitan pertabalan dan kuasa pemerintah, perlantikan menteri besar, persidangan Dewan Undangan Negeri, majlis mesyuarat negeri peruntukan kewangan, kakitangan kerajaan negeri serta pindaan ke atas perlembagaan negeri.
Perundangan Persekutuan adalah undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen. Undang-undang yang diluluskan selepas 1946 sehingga 1957 dikenali sebagai Ordinan manakala undang-undang yang diluluskan selepas 1957 dikenali sebagai akta.
Perundangan Negeri adalah undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh badan perundangan negeri iaitu Dewan Undangan Negeri. Di Sarawak, undang-undang ini dikenali sebagai Ordinan manakala di semua negeri lain ia dikenali sebagai Enakmen. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa bagi membuat undang-undang berkaitan perkara-perkara di bawah Senarai Negeri dan Senarai Bersama sepertimana di dalam Perlembagaan Persekutuan.



Perundangan Subsidiari
Ia dikenali juga sebagai perundangan perwakilan atau perundangan subordinat. Ia merupakan suatu bentuk undang-undang bertulis yang digubal dan diluluskan oleh pihak-pihak dan badan-badan tertentu seperti YDPA, Menteri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).  Contoh undang-undang tersebut adalah undang-undang berkaitan cukai pintu, pelesenan premis serta aspek lain berkaitan pentadbiran kerajaan tempatan.





Soalan C5
Berkenaan pindah milik tanah dan motosikal yang dibuat oleh Song Seng memang memenuhi semua syarat-syarat dalam Sek. 26(a)  iaitu pindah milik hakmilik tanah dan motosikal memang dilakukan secara bertulis melalui pejabat tanah dan jabatan pengangkutan jalan. Perjanjian juga dibuat atas kasih sayang semula jadi iaitu antara ayah angkat dan anak angkat. Contoh kes. Tan Soh Sim, Deseased, Re, Chan Lam Keong v Tan Saw Keong (1951) MLJ, suatu perjanjian telah dibuat oleh mendiang Puan Tan Soh Sim bahawa harta peninggalan beliau hendaklah dibahagikan di antara dua anak perempuan dan dua anak angkat lelakinya sebagai memenuhi hasrat mendiang Puan Tan Soh Sim. Isu utama dalam kes ini ialah adakah anak angkat lelaki mempunyai hubungan rapat dengan ayah angkat atau ibu angkatnya. Mahkamah memutuskan isu tersebut berdasarkan adat resam masyarakat cina iaitu anak angkat lelaki mempunyai hubungan rapat dengan angkatnya sahaja dan bukan dengan keluarga ibu angkatnya. Oleh yang demikian dalam kes ini didapati tidak wujudnya hubungan yang rapat di antara pihak-pihak yang berjanji, maka dengan ketiadaan balasan serta tiadanya hubungan yang rapat, mahkamah memutuskan perjanjian di antara mereka adalah tidak sah. Ini berlainan dengan kes Ahleng dan Soon Seng iaitu mereka adalah hungan ayah angkat dan anak angkat lelaki, hakim dalam kes Tan Soh Sim menyatakan dalam masyarakat cina memang wujud hubungan karib antara ayah angkat dan anak angkat lelaki dan kesemua syarat dalam sek. 26(a) adalah dipenuhi dan kontrak pindahan hakmilik antara Soon Seng dan Ah Leng adalah sah. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 2 Pelajaran 6, Balasan, Niat Dan Keupayaan m/s. 77 dan 78)


Manakala kes antara Ah Leng dan Soon Ho iaitu abang angkatnya perlu dilihat dalam sek. 26(b) iaitu Soon Ho berjanji untuk  membayar balik bayaran denda yang dibuat oleh Ah Leng bagi kesalahan bagi kesalahan berjudi yang dilakukannya. Ah Leng telah membuat bayaran tersebut secara sukarela dan selepas beliau membayarnya barulah Soon Hoo berjanji untuk membayar balik bayaran denda tersebut  kepada kepada Ah Leng. Jika  Ah Leng tidak membayar denda tersebut Soon Ho memang mempunyai obiligasi dari segi undang-undang untuk melunaskan denda tersebut. Contoh Kes J.M Wotherspoon & Co Ltd V henry Agency House (1962) MLJ 86 Kedua-dua plantif dan defenden telah bertindak sebagai ejen bagi pebagai barangan. Plaintif merupakan firma dari England telah menyaman efenden iaitu firma dari malaysia menuntut bayaran ganti rugi akibat pembeli di Malaysia yang tidak membuat bayaran. Mahkamah Tinggi mendapati bahawa terdapat janji oleh firma Malaysia (Defenden) kepada firma England (Plantif) untuk membayar ganti rugi tetapi telah tidak disokong oleh balasan yang membolehkan mereka menguatkuasakannya disisi undang-undang. Jadi, Isu yang timbul dalam kes ini ialah sama ada tindakan yang dibuat lebih awal oleh firma plaintif  iaitu membekalkan barangan dari England kepada firma defenden di Malaysia adakah suatu yang dilakukan secara sukarela? Mahkamah telah memutuskan bahawa plaintif bertindak mengikut cadangan defenden. Oleh itu tindakannya bukanlah sesuatu yang dilakukan secara sukarela. Maka, Janji yang dibuat oleh firma defenden dan membayar ganti rugi kepada firma plaintif tidak dapat dikuatkuasakan mengikut pengecualian Sek. 26(b) kerana tindakan firma plaintif yang membekalkan barangan daripada England kepada firma Defenden tidak dibuat secara sukarela tetapi adalah atas permintaan firma defenden. Dalam Kes antara Ah Leng dan Soon Ho ini pula, perbuatan Ah Leng adalah secara sukarela tanpa ada permintaan oleh pihak lain termasuk Soon Seng. Jadi Ah Leng berhak untuk menuntut Soon Ho membayar balik Jumlah Bayaran denda yang beliau bayar bagi pihak Soon Ho setelah Soon Ho telah berjanji membayar balik wang tersebut. ( Ruj. Undang-undang perniagaan modul 2 Pelajaran 6, Balasan, Niat Dan Keupayaan m/s. 78 dan 79)




2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi Mr Aaron,

    Need your help for my assignment. 1 question only.

    "Hari-hari Store telah membuat pesanan pakaian wanita berjenama terkenal iaitu ‘Dolce Gimana’ daripada Jahit-jahit Sdn. Bhd. yang merupakan pembekal tunggal mereka semenjak 1960. Pada 10 Mei 2013, Hari-hari Store membuat pesanan untuk pakaian tersebut dengan menyatakan dalam pesanan mereka ‘sama seperti kontrak kita yang terdahulu’. Jahit-jahit Sdn Bhd kemudiannya membekalkan pakaian-pakaian yang mempunyai kualiti yang sama tetapi mempunyai jenama yang berlainan iaitu ‘Dolce Gabanar’.

    Nasihatkan Hari-hari Store tentang hak, tanggungjawab dan kedudukan mereka dari sudut undang-undang berkaitan dengan perjanjian tersebut berpandukan seksyen-seksyen yang terdapat di dalam Akta Jualan Barangan 1957 serta kes-kes yang berkaitan.

    Thanks very much.

    ReplyDelete