nuff not enuff

Tuesday 29 January 2013

JUJ 103 LITIRASI KOMPUTER




KANDUNGAN

1.0 Pengenalan
1.1 Teknologi Canggih
1.2 Evolusi Teknologi
1.3 Pendidikan Jarak Jauh
1.4 Pendidikan Konvensional/Bersemuka
1
2
3
4
5
2.0 Latar belakang dan sejarah pendidikan di Malaysia
2.1 Pendidikan Jarak Jauh
6
7
3.0 Ciri-ciri perbezaan
3.1 Pendidikan Jarak Jauh & Pendidikan Konvensional/Bersemuka
9
10
4.0 Kesamaan dalam PJJ dan Konvensional
4.1 Revolusi Pendidikan Jarak Jauh
4.2 Refleksi perkembangan teknologi dalam pendidikan jarak jauh
4.2.1     Teras pendidikan jarak jauh
4.2.1.1      Televisyen
4.2.1.2      Radio
4.2.1.3      Telefon
4.2.1.4      Telekomunikasi
4.2.1.5      Komputer dan perkakasan
4.2.1.6      Perisian komputer
4.2.1.7      Internet, Portal, Laman web, Laman Sosial, Skype
4.2.1.8      Telesidang
4.2.1.9      Emel
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

22
23
24
5.0  Kesimpulan/Rumusan
25
6.0 Rujukan/Bibliografi
26
7.0 Senarai Lampiran
27


1.0 PENGENALAN
Di zaman teknologi moden yang bersifat globalisasi, dunia dilihat semakin mencabar, manusia bersaing sesama sendiri secara positif dengan cara melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk meningkatkan kualiti hidup masing-masing; samada untuk individu atau diri sendiri atau untuk keluarga tercinta. Di negara maju, istilah PJJ[1] bukan lagi merupakan istilah baru malahan sistem terasnya telah diterima hampir di seluruh pelosok dunia sebagai salah satu cabang pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang lain, selari dengan perkembangan pesat teknologi atau lebih dikenali sebagai ledakan ICT[2]. Apabila kita renung-renungkan sejarah perkembangan dan keagungan Islam, kaedah penyampaian maklumat atau pengetahuan secara jarak jauh kepada seseorang atau kumpulan yang berjauhan telah digunapakai secara meluas pada masa itu. Rasulullah S.A.W menyampaikan berita tentang kebenaran dan kesucian Islam kepada Maharaja Habshi di Benua Afrika yang ketika itu menganut agama Kristian. Perutusan Rasulullah S.A.W menerusi salah seorang panglima baginda telah menyedarkan Maharaja Habshi tentang kewujudan agama Allah S.W.T yang diturunkan kepada Rasul pilihan-Nya.
Maka dari sini kita dapat lihat bahawa sejak dahulu lagi ilmu atau agama Islam dapat disebarkan menerusi surat, manusia, kenderaan dan sebagainya. Jelaslah bahawa penyampaian maklumat atau penyampaian ilmu pengetahuan secara jarak jauh ternyata berkesan. Sememangnya, Islam lebih dahulu sudah mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari pada zaman keagungannya.

1.1   TEKNOLOGI CANGGIH
Merujuk kepada PRPM online[3], maksud perkataan teknologi itu adalah 1.aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll[4], sains gunaan; manakala perkataan canggih bererti hebat, maju, gah, moden dan sofistikated. Dengan menggabungkan kedua-dua perkataan tersebut, teknologi canggih merujuk kepada suatu aktiviti atau kajian yang hebat; merujuk kepada perbincangan tajuk esei ini, suatu alat yang sofistikated atau moden atau peralatan maju.

1.2   EVOLUSI TEKNOLOGI
Dengan merujuk kepada PRPM online, maksud evolusi adalah 1.perubahan atau perkembangan secara beransur-ansur atau sedikit demi sedikit. Apabila digabungkan kedua-duanya akan menghasilkan suatu perkataan iaitu perubahan kepada suatu peralatan moden kepada yang lebih sofistikated atau maju. Kondisi suatu alat itu diambil kira dengan perubahan keupayaannya dari satu sifat baik kepada yang lebih baik.

Professor Madya Dr Mansor Fadzil[5] mendefinasikan teknologi atau merujuk pada keseluruhannya, ICT sebagai kaedah, peralatan dan perisian yang terlibat di dalam proses penjanaan maklumat, pengumpulan maklumat, pemprosesan maklumat, penyebaran maklumat dan penyimpanan maklumat. ICT merupakan pembantu proses interaksi di antara individu. Dengan erti kata lain, ICT telah merevolusikan persekitaran pembelajaran.


1.3   PENDIDIKAN JARAK JAUH
Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan jarak jauh? Istilah pendidikan jarak jauh mempunyai pelbagai versi walaupun maksudnya tidak banyak berbeza diantara satu dengan yang lain. Dalam konteks ini, saya merujuk kepada (Rozhan, 1999)[6], PJJ mempunyai dua ciri utama.
Manakala Professor Madya Dr Mansor Fadzil pula memberi makna PJJ adalah suatu proses pendidikan dimana sebahagian besar dari pengajaran dilaksanakan oleh seseorang yang terpisah oleh tempat dan/atau masa dari pelajar.
 Professor C. Blurton[7] dari Universiti Hong Kong menyatakan bahawa PJJ adalah suatu situasi dimana pelajar dan guru terpisah secara fizikalnya, dan pengajaran-pembelajaran di ambil alih oleh teknologi tunggal atau gabungan ICT.

1.4   PENDIDIKAN KONVENSIONAL/BERSEMUKA
Pendidikan secara bersemuka merupakan asas kepada semua pelajar samada di Malaysia atau seluruh dunia dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dalam proses pengajaran-pembelajaran yang sudah tentu tidak lain dan tidak bukan dilakukan secara bersemuka; iaitu secara berdepan diantara pelajar dan guru. Contoh paling mudah adalah semasa di sekolah, tidak kiralah sekolah tadika, rendah atau menengah kerana itulah yang telah ditetapkan dalam falsafah pendidikan negara. Semua rakyat berhak mendapat pendidikan asas.
Apabila kita menyebut pengajaran bersemuka, maknanya pengajar dan pelajar mestilah berdepan antara satu sama lain. Oleh itu ciri yang utama ialah mereka berada di tempat yang sama, dan untuk menikmati pembelajaran pelajar mesti berada bersama-sama pengajar sewaktu pengajar mengajar. Maka kesemua aktiviti pengajaran-pembelajaran berlaku di satu tempat sahaja, iaitu di kawasan atau ruang pendidikan itu dilaksanakan (Rozhan, 1999).

2.0 LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
  • Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
  • Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
  • Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
  • Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
  • Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).
Zaman pramerdeka (sebelum 1957)[8]
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:
  1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;
  2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
  3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
  4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
 Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) [9]
Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.
Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)[10]
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
  1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
  2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;
  3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
  4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
  5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)[11]
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.



2.1 PENDIDIKAN JARAK JAUH
Pakar sejarah PJJ telah bersetuju bahawa PJJ kini sudah berusia lebih dari 100 tahun. Institusi PJJ dimulakan pada pertengahan kurun ke sembilan belas. Mengikut kajian, Isaac Pittman memulakan kursus “Trengkas” secara pos dalam tahun 1840 dan pengajaran bahasa melalui pos bermula di Jerman dalam tahun 1856 (Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff, 1999).
Berdasarkan teknologi yang digunakan, PJJ telah melalui empat generasi, iaitu Generasi 1 : Teknologi bahan cetak melalui pos, Generasi 2 : Teknologi melalui siaran udara, Generasi 3 : Teknologi berasaskan komputer dan yang terakhir, Generasi 4 : Teknologi interaktif : Internet, Sistem Pengurusan Pembelajaran.
Secara Keseluruhannya, teknologi berikut telah digunakan di dalam PJJ di seluruh dunia antaranya :Penggunaan bahan cetak, radio, televisyen, pita, komputer peribadi, rangkaian komputer dan persekitaran pembelajaran interaktif.
Manakala, secara amnya juga, di Malaysia PJJ lebih dahulu dikenali menerusi kursus gaya pos pada pertengahan tahun 1960-an. Di antara Institusi awal yang memperkenalkan PJJ cara ini adalah Raffles College, MCC[12], Maktab Adabi dan Maktab Federal (Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff, 1999). Di peringkat Universiti, USM telah memulakan program pertama ala PJJ iaitu “Pengajian Luar Kampus” pada tahun 1971. Lebih kurang 20 tahun kemudian, beberapa IPTA lain telah mengikut jejak tersebut dan menawarkan program PJJ masing-masing. IPTS menyusul selepas itu dengan program PJJ mereka.



3.0 CIRI-CIRI PERBEZAAN
3.1   PENDIDIKAN JARAK JAUH & PENDIDIKAN KONVENSIONAL/ BERSEMUKA
Kita telah mengetahui definisi PJJ dan PKB[13] secara ringkas sebelum ini. Kita juga telah mengenalpasti sejarah kedua-duanya. Jadi, bagaimana pula dengan ciri-ciri perbezaan diantara PJJ dan PK/B.
Di antaranya adalah :
v  Sama ada ia adalah pendidikan bersemuka atau tidak
v  Statik atau dinamik
v  Tempat tertutup atau tempat terbuka
v  Pelajar terhad atau tidak terhad
v  Kekangan masa atau tiada kekangan
v  Teknologi tunggal atau gabungan ICT

Ciri yang paling utama antara kedua-duanya adalah sama ada pengajaran-pembelajaran secara bersemuka atau tidak. Ini adalah keypoint utama dalam perbincangan ini kerana ia akan dikaitkan dengan teknologi canggih masa kini yang membolehkan ciri ini tidak lagi relevan dengan situasi PJJ di mana pengajaran-pembelajaran bersemuka boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi canggih.

4.0 Kesamaan dalam PJJ dan PKB.
Apakah yang dikatakan kesamaan dalam PJJ? Dengan erti kata lain, proses pengajaran-pembelajaran mampu dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya serupa, tetapi ciri-ciri kesamaan itu wujud di kedua-duanya. Dalam kes ini, mampukah teknologi canggih menjadi platform kepada PJJ menyerupai PKB iaitu pengajar dan pelajar boleh disatukan menerusi satu medium yang sofistikated. Bersemuka juga, tetapi dalam format yang sedikit berbeza. Tujuannya adalah untuk membuktikan bahawa teknologi canggih membuka peluang kepada pengajar dan pelajar bersemuka seperti juga dalam PKB. Dengan jelas sekali, kesamaan itu hadir dan perbezaan itu tiada lagi membelenggu prinsip asas PKB.
Biarpun dimana sahaja, dengan media yang sesuai, pengajaran-pembelajaran mampu dilaksanakan berlandaskan teknologi canggih yang digunakan secara meluas kini dalam proses PJJ. Ia akan di bincangkan dengan lebih lanjut dalam tajuk teras PJJ.

4.1 Revolusi Pendidikan Jarak Jauh
Apa yang dimaksudkan dengan revolusi? Merujuk kepada PRPM online, maksudnya adalah “perubahan yg menyeluruh dan mendadak”. Jadi, dengan menyatukan kedua-dua perkataan, dapatlah kita fahami bahawa revolusi PJJ bererti perubahan mendadak dan menyeluruh sedang melanda sistem PJJ dan ia masih berevolusi sehingga kini. Sejajar dengan perkembangan ICT di negara kita sendiri, PJJ kini makin relevan dalam opsyen untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertier. Ia merupakan suatu pilihan bagi semua yang bersetuju dengan kesesuaiannya terutama golongan bekerja.
Konsep PJJ pada hari ini telah berubah dari perspektif lokasi kepada perspektif kaedah. Ia juga telah berubah dari segi kaedah pembelajaran dari tumpuan kepada pengajar, kepada ke arah pelajar. PJJ member ruang yang luas kepada pelajar untuk memilih pendekatan pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tinggal berhampiran dengan UiTM boleh memilih untuk menjadi pelajar USM bukan kerana tidak layak untuk menjadi pelajar di UiTM tetapi kerana beliau memilih untuk belajar sendiri dan merasakan tidak perlu menghadiri kelas pertemuan bersemuka seperti pelajar-pelajar lain di UiTM.

4.2 Refleksi perkembangan teknologi dalam pendidikan jarak jauh
Sekali lagi saya merujuk kepada kamus online iaitu PRPM online untuk membantu saya menafsir maksud perkataan tersebut. Refleksi atau reflection merupakan perkataan yang saya guna untuk mengambarkan bahawa refleksi teknologi member kesan kepada sistem PJJ pada masa kini. Dunia tanpa sempadan melonjakkan terus PJJ sebagai satu cabang pendidikan yang digemari ramai pada masa kini. Ini terbukti dengan permohonan kemasukan ke IPTA awam untuk program PJJ semakin meningkat tahun demi tahun. Sila rujuk Lampiran 1.
4.2.1 Teras pendidikan jarak jauh
Teras atau core PJJ merupakan platform ICT dengan pelbagai media elektronik digunapakai sejak dari sejarah bermulanya PJJ sehinggalah ke hari ini, ke saat ini. Sila rujuk lampiran 1.
4.2.1.1 Televisyen
Televisyen digunakan dengan meluas untuk medium pembelajaran kerana ia mempunyai gambar dan suara. Ia seolah-olah pengajar bersemuka dengan pelajar tetapi dalam interaksi satu arah sahaja. Namun demikian, ia masih lagi sesuai digunakan di sekolah-sekolah sebagai satu sistem sokongan kepada sistem pembelajaran yang sudah dirangka lebih awal. Televisyen pendidikan berkembang pesat pada sekitar 1960-an dan menjelang tahun 1970-an, station pendidikan tumbuh umpama cendawan lepas hujan (Carnegie, 1979). Pada masa kini, rupa bentuk yang pelbagai dan ciri-ciri yang disesuaikan dengan situasi semasa, televisyen kini sudah menjadi Internet –TV. Ia sudah berfungsi dalam mekanisme interaktif dua arah dan bukan lagi tunggal.
Dengan menggunakan pemain video atau cakera video, pelajar boleh menonton video pengajar yang telah dirakamkan lebih awal untuk tujuan ulangkaji pelajaran pada masa sendiri dirumah atau di mana-mana sahaja tempat yang ada televisyen.
4.2.1.2 Radio
Penggunaan radio telah dikenalpasti seawal tahun 1930-an tetapi ia lebih digunapakai oleh pihak tentera sebagai medium perhubungan suara. Perkembangan pesat set televisyen di rumah kita bergerak sejajar dengan perkembangan radio. Lalu muncullah stesen radio pelbagai yang menawarkan pelbagai perkhidmatan sebagai contoh hiburan, sosial, berita, sukan, politik, dunia dan malah pendidikan menerusi radio juga bergerak seiring dengan penggunaan media seperti pita rakaman, dan kini audio-cd, dan juga format-format lain audio yang boleh dimainkan samada menerusi radio konvensional ataupun program radio atau perisian radio di dalam komputer anda.
Maka, radio juga mendapat manfaat daripada perkembangan ICT dan bertukar menjadi medium audio yang sangat berkuasa kini. Dengan kata lain, radio boleh digunakan sebagai medium merakam sebarang jenis audio, dan kini apabila pelajar berjumpa dengan pengajar dan memohon penjelasan secara ringkas, pelajar tidak perlu lagi menulis kerana hanya perlu membawa perakam suara ketika berjumpa pengajar untuk memudah cara pembelajaran secara sendiri kelak.
4.2.1.3 Telefon
Hampir semua orang sedar kepentingan telefon pada masa kini. Dari yang sebesar beg briefcase suatu masa dahulu sehinggalah sebesar-besar tapak tangan orang dewasa, telefon memainkan peranan penting dalam evolusi teknologi kini. Ada berbagai jenis telefon dari yang berbentuk analog mahupun digital. Analog mungkin tidak berapa digunakan lagi kini, tetapi masih relevan. Yang pasti, perkembangan dunia digital teknologi memberi kesempatan kepada media audio; telefon (yang kini sudah berfungsi seperti televisyen)  menerajui sistem komunikasi masa kini. Dengan perkembangan jaringan dan telekomunikasi dunia, 1G, 2G, 3G dan kini 4G bukanlah lagi omongan kosong atau mimpi disiang hari kepada seluruh populasi manusia. Sistem interaktif dua hala yang menggabungkan bukan sahaja suara tetapi juga visual, memberi satu lagi platform untuk PJJ meluncur ke hadapan dan memberikan gambaran bahawa ilmu pengetahuan kini hanya dihujung jari sahaja.
Kita patut berterima kasih kepada Alexander Graham Bell.[14]
4.2.1.4 Komputer dan perkakasan
Evolusi komputer juga tidak kurang hebatnya, dari sebesar bilik empat segi, kini komputer boleh dimasukkan kedalam beg sandang dan pelajar sudah boleh ke USM untuk kelas sidang video, atau boleh ke taman tasik untuk menonton sidang video secara langsung, ataupun boleh sahaja memuat turun fail video sidang tersebut dan tonton dengan serta-merta. Bukan setakat berseorangan, malah dengan kawan-kawan sekuliah juga, pelajar mampu untuk melalui proses pendidikan jarak jauh dengan syarat ada mempunyai akses ke internet.
4.2.1.5 Perisian komputer
Perisian komputer adalah nadi kepada komputer dan tanpanya, komputer hanyalah sebuah gadget tidak berguna. Ia umpama, sebuah kereta tanpa tayar, stereng ataupun brek. Namun tidak dinafikan, dengan perkembangan teknologi pada masa kini, banyak perisian-perisian yang boleh menyokong PJJ secara tidak langsung. Perisian, internet explorer, Microsoft word, pemain video, pemain audio dan lain-lain lagi membantu dalam memperkemaskan lagi sistem PJJ.
4.2.1.6 Internet, Portal, Laman web, Laman Sosial, Skype
Internet pada asalnya merupakan . Sila rujuk lampiran 2. Sila rujuk lampiran 3.
Kewujudan internet d negara ini bermula apabila Rangkaian Komputer Malaysia (Rangkom)diwujudkan pada tahun 1987. Sungguhpun demikian, MIMOS yang ditubuhkan pada tahun1985 telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan perkhidmatan internet kerana projek RangKom terbesar menjadi projek “Joint Advanced Research Integrated Network”atau dikenali sebagai rangkaian bersepadu “JARING” pada taun 1991. Projek inimempromosikan pertukaran maklumat dan pembangunan pangkalan data melalui capaianinternet dengan kos yang tidak membebankan. Negara kita memasuki era internet apabila JARING menjadi Internet Service Provider (ISP)yang pertama, diikuti oleh TMNet sebagai ISP kedua pada tahun 1996, MAXIS, ISP ketigadan Time Telekom dan ISP keempat pada tahun 1999. Dianggarkan pada bulan November tahun 1999 terdapat hampir 630,000 orang pelanggan internet di Malaysia dan meningkat ke1,157,384 orang pada tahun 2000 (Malaysia, 2001). Internet terus berkembang di negara ini bukan sahaja daripada peningkatan capaian oleh orang ramai, malah dari segi teknologidalam pendidikan juga mengaplikasikan teknologi ini.Pada tahun 2007, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Verizon Business hari ini memeteraiMemorandum Persefahaman (MOU) bagi meninjau kemampuan menubuhkan Hab InternetProtokol (IP) Malaysia. MOU ini menyokong agenda kebangsaan Malaysia bagimembolehkan syarikat-syarikat Malaysia memanfaatkan kemampuan komunikasi IP termaju.Melalui perjanjian ini membolehkan Malaysia sebagai hab Internet rantau Asia-Pasifik, untuk syarikat-syarikat dalam negara mendapat manfaat daripada perkhidmatan IP tempatan.Dengan penubuhan hab tersebut bersama Verizon Business, syarikat-syarikat milikan asingdan tempatan yang berada di Malaysia berpeluang menggunakan teknologi rangkaian IPtermaju serta membuat persediaan untuk perkhidmatan komunikasi masa depan. Ini adalahkerana Rangkaian IP Verizon Business adalah salah satu rangkaian IP terbesar dan palingdisegani dalam industri dan salah satu daripada syarikat rangkaian Tahap-1 yang palingtersohor di dunia. Ini terdiri daripada 3 angka utama Sistem Autonomous (AS), iaitu AS701 untuk rangkaian IP Amerika Utara, AS702 untuk rangkaian IP Eropah, Timur Tengah danAfrika (EMEA) dan AS703 untuk rangkaian IP Asia Pasifik (APAC).
Perkongsian ini akan menghasilkan penjimatan kos yang signifikan bagi TM dan PembekalKhidmat Internet (ISP) lain kerana pertanyaan dan lalu-lintas Internet hanya terbatas dalamnegeri. Selain itu, pengguna Internet mampu mengakses tapak web antarabangsa denganlebih cepat. Di samping itu, permuafakatan ini akan membuka ruang baru dalam perkongsianlaluan Internet ke Malaysia oleh para pembekal ISP Tahap-1 seperti dari Korea, Jepun, Chinadan India , sekali gus memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab IP utama di rantauini dengan kemampuan setanding negara-negara yang telah terlebih dahulu menempa nama dirantau ini. Kepesatan penggunaan internet yang berkadaran dengan komputer telahmeningkat dari setiap tahun di seluruh dunia seperti di lampiran 3.


Memandangkan bertambahnya permintaan untuk ruang alamat internet, kerajaan akanmempertimbangkan keperluan untuk menukar rangkaian internet Malaysia daripada teknologiInternet Protocol Version 4 (IPv4) kepada Internet Protocol Version 6 (IPv6). Ini jelasmenunjukkan Malaysia tidak ketinggalan dalam teknologi ICT khususnya dalam penggunaaninternet yang semakin ramai penggunanya pada masa kini.










4.2.1.7 Telesidang
Jenis-Jenis Penggunaan Telesidang Video (Video Conferencing)[15] :

a. Virtual atau Candid Classroom
- Seperti face-to-face lecture, cuma tidak semua pelajar yang akan dapat dipaparkan di skrin
- Sesuai untuk persembahan maklumat yang bersifat didatic (penerangan) di mana pensyarah atau guru akan bercakap secara terus ke arah kamera
  video bersama paparan imej (less-lecturing, more demonstrating)
- Djalankan di bilik yang lengkap dengan peralatan serta kehadiran sebilangan pelajar pada kawasan tertentu yang sama atau berlainan kedudukan
- Keberkesanan bergantung kepada tahap motivasi para pelajar, kebolehan pelajar mencatat nota dengan baik dan kebolehan bekerja dengan bahan teori serta teknikal

b. Studio-Produced Videoconferences
- Tiada pelajar dan pensyarah yang hadir
- Rakaman awal ke atas pengajaran telah disediakan terlebih dahulu
- Seperti TV pendidikan

c. Point-to-Point atau Multi-Site
- Penggunaan telesidang video secara meluas di mana ianya boleh dilakukan di banyak kawasan remote yang lain
- Penggunaannya meluas untuk in-service training






















4.2.1.8 Emel
Emel atau mel elektronik merupakan suatu gentian kepada mel biasa yang menggunakan setem dan seorang posmen atau penghantar surat kepada orang yang tertentu, yang nama dan alamatnya ada ditulis di atas surat tersebut. Ia mengambil masa untuk sampai dan kadang-kadang ia tidak sampai kepada orang yang berkenaan. Ini semua gara-gara kecuaian manusia ataupun posmen tidak lagi mahu menghantar suratnya.
Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan denganmeluas. Selain itu, listservs,  Newsgroups dan Chat juga merupakan perkhidmatan internetyang membolehkan kita berkomunikasi. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satusama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet. Melalui kajianHampton (2000) terhadap 40,456 responden di Amerika Syarikat. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara penggunaan e-mel. Kajian menunjukkan semakinkerap seseorang menggunakan internet maka semakin kerap mereka berhubung dengan rakanatau -saudara melalui e-mel. Ini jelas menunjukkan penggunaan e-mel dapat membentuk isolasi masyarakat.

Melalui penggunaan e-mel juga, guru dengan pelajar boleh menyertai kumpulan perbincangan untuk bersoaljawab, bincang soalan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mailialah (Zulkifli, 1998):

i.Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.

ii.Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.

iii.Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ;teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.

iv.Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenaisesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikansesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

i.Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.

ii.Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakangnegara mengenai berbagai isu semasa.

iii.Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melaluikomunikasi dengan rakan pena di luar negara.

iv.Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

KESIMPULAN/RUMUSAN
ICT telah berjaya merevolusikan pendidikan, khususnya PJJ. Melalui ICT, institusi pendidikan boleh membangunkan satu sIstem pembelajaran yang fleksibel serta berorientasikan pelajar. Sistem pembelajaran ini perlu mengambil kira pengalaman, kemahiran, keupayaan keseluruhan dan sikap pelajar disamping kekangan teknologi ICT yang wujud pada masa ini. PJJ boleh memainkan peranan membantu Negara mencapai sebahagian daripada Wawasan 2020 khususnya di dalam membangunkan k-pekerja. ICT dan pembelajaran digital (melalui PJJ) telah tiba dan akan berada bersama kita, terpulangkan kepada kita untuk memaksimumkan keberkesanan penggunaannya.
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
http://www.unesco.org/education/educprog/lwf/dl/edict.pdf
http://prpm.dbp.gov.my/ (kamus)
http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN
http://www.project2061.org/publications/sfaa/online/chap7.htm
http://www.downes.ca/post/217
http://eprints.oum.edu.my/347/1/prof_mansor_peranan.pdf
http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/41/E/JTDIS41E5.pdf
http://www.internetworldstats.com/asia/my.htm
http://www.mohe.gov.my/web_statistik/statistik_pdf_2008_05/ipta_2-11.pdf
http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/BPD/msia_broadage_1963-2011_301111.pdf
http://www.usm.my/index.php/ms/papercutting/8779-pppjj-usm-sambut-ulang-tahun-ke-40.html
http://www.kuis.edu.my/ictconf/proceedings/209_integration2010_proceedings.pdf
http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia/
http://smkdpk.com/forum/index.php?topic=2805.0;wap2
Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.
Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.




SENARAI LAMPIRAN
1.      Perubahan teknologi masa kini
2.      Statistik kunjungan laman web oleh pengunjung secara global pada tahun 2006
3.      Statistik pengguna internet (1983-2000)
4.       

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2


LAMPIRAN 3



LAMPIRAN 4



[1] Pendidikan Jarak Jauh
[2] Information & Communication Technology ( Teknologi Maklumat & Komunikasi )
[3] Pusat Rujukan Persuratan Melayu
[4] dan lain-lain
[5] Prof (OUM) dalam Ucap Utama Konvensyen Teknologi Pendidikan Malaysia ke 16
[6] Pertama : Segala pengajaran pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan disalurkan melalui jarak jauh, iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar;
Kedua : tanggungjawab pembelajaran dipikul oleh pelajar sepenuhnya, iaitu dengan belajar ikut masa sendiri.
[7] Prof menyumbangkan Laporan Maklumat & Komunikasi kepada UNESCO's pada tahun 1999.
[8] Sumber dipetik daripada kulanz salleh (blogger) http://kulanzsalleh.com/about/
[9] Sumber dipetik daripada kulanz salleh (blogger) http://kulanzsalleh.com/about/
[10] Sumber dipetik daripada kulanz salleh (blogger) http://kulanzsalleh.com/about/
[11] Sumber dipetik daripada kulanz salleh (blogger) http://kulanzsalleh.com/about/
[12] Malaysian Correspondence College
[13] Pendidikan Konvensional/Bersemuka
[14] Pada tahun 1876, di usia 29 tahun, beliau telah mencipta telefon dan setahun kemudian, beliau memulakan syarikat telefonnya sendiri iaitu Syarikat telefon Bell.
[15] Sumber oleh Fiona Laura Ak Edwin Duat di http://smkdpk.com/forum/index.php?topic=2805.0;wap2

No comments:

Post a Comment